AMALAN BATIN KUNO MELAYU – AMALAN 7 HARI

Assalamualaikum wbt. .

Saya banyak mendapat email dari saudara-saudara semua yang meminta ilmu melayu yang kononnya menyaingi segala keilmuan di tanah melayu ini yang bernama Amalan 7 Hari. .Entah dari mana mereka mendapatkan sumber ini, tiadalah saya ketahui. .Walaupun keilmuan tersebut pernah saya amalkan suatu waktu dahulu, namun tiadalah saya mengetahui yang ia adalah sehebat yang digambarkan mereka melainkan yang diberitahu oleh guru saya sahaja itulah yang menjadi pegangan saya selama ini. .Dengan berpegang pada kalimat Melestarikan Warisan Budaya, maka di sini akan saya terangkan secara ringkas berkenaan ilmu tersebut agar tidak menjadi suatu misteri pula bagi penggemar dan pemburu keilmuan melayu. .

Nasab keilmuan ini tiadalah saya ketahui secara jelas, melainkan diceritakan oleh guru saya, keilmuan ini didapati oleh seorang pendekar yang pergi bertapa ke sebuah gunung ( Datuk Panglima Gelam namanya kalau tidak silap saya dan gunung itu bernama gunung Angsi, di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan ). .Pemergian pendekar ini untuk bertapa adalah semata-mata ingin melengkapkan amalannya yang digelar orang Amalan 7 Hari. .Dan kemudian, keilmuan ini diajarkan pula kepada anak-anak muridnya yang kemudian mengembangkannya pula kepada perguruan yang diasaskan oleh mereka di kampung halaman mereka selepas pada kematian Datuk Panglima Gelam ini. .Dan kemudian tumbuh dan subur di tanah melayu ini sebagai salah satu keilmuan tingkat tinggi yang kebiasaannya dirahsiakan dan dijadikan keilmuan khusus sesuatu perguruan. .

Kelebihan ilmu ini, menurut pada penerangan guru saya adalah berfungsi sebagai pendinding, pagar diri, anti senjata tajam dan tumpul, kekuatan ghaib yang besar, meningkatkan kekuatan batin dan tenaga dalam, kewibawaan, penggerun bagi musuh-musuhnya, penangkal ilmu hitam dan santet yang kononnya diceritakan, pernah ada dukun yang cuba menyihir pengamalnya akhirnya tewas dan musnah sendiri hingga mengakibatkan kematian pula kepada dukunnya walaupun si pengamal tidak langsung melakukan apa-apa. .Ini juga bermaksud, ilmu ini berfungsi sebagai pertahanan semulajadi dan berfungsi secara automatik pabila ada anasir-anasir yang cuba mengancam keselamatan pengamalnya atau pabila pengamalnya berasa terancam, dan ia pula bertindak balas secara automatiknya pula menghancur leburkan ancaman tersebut sehingga pengamalnya berada dalam keadaan aman dan tenteram. .

Nah, disinilah kekuatan ilmu tersebut yang dicari-cari oleh mereka di alam melayu ini yang berminat melanjutkan pembelajaran kebatinan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. .Namun keilmuan ini dirahsiakan oleh kebanyakan guru-guru di tanah melayu ini dan hanya murid-murid mereka yang terpilih sahaja yang akan diperturunkan keilmuan ini oleh kerana ketinggian keilmuan ini sendiri. .Saya diperturunkan keilmuan ini oleh guru saya, Pendekar Tua Rembau, Haji Syukor (Almarhum) genap sebulan sebelum pemergiannya. .Dan saya juga, mengikut pengetahuan saya, adalah muridnya yang terakhir yang diperturunkan keilmuan ini selain dua saudara seperguruan saya yang telah terlebih dahulu diperturunkannya, iaitu Abang Mat Isa yang kini bertugas sebagai anggota tentera di Sarawak, dan Abang Yusop yang kini mengasaskan Perguruan Seni Silat Gerak Persaudaraan di Negeri Sembilan. .Hanyalah kami bertiga sahaja yang diamanahkan dengan amanah yang begini besar, untuk mendidik pendekar-pendekar muda dan dilatih untuk mempertahankan tanah air dan agama. .

Namun, sehingga kini, saya hanya pernah memperturunkan keilmuan ini kepada salah seorang murid saya, Edy Triswanto dari Brunei tanpa memberitahunya bahawa keilmuan ini mempunyai khasiat yang sangat besar, melebihi apa yang telah saya terangkan padanya kerana saya bimbang, segala penat lelah saya membimbingnya, meletakkan beliau di bawah pengawasan saya dalam penurunan ilmu, mencurahkan keilmuan saya supaya satu harinya beliau akan menggantikan tempat saya, akan hilang apabila niat beliau akan terpesong dalam mengejar kesaktian semata-mata tanpa mengambil kira lagi tawakal dan istiqamah serta menyerahkan segala ketentuan pada Yang Maha Esa. .

Tetapi, dengan khasiat ilmu ini yang begitu besar, tidaklah elok saya menyimpannya sendiri. .Mana tahu ia mungkin berguna pada saudara-saudara pula. .Atas semangat Melayu Raya, maka dengan lafaz Bismillah, saya perturunkan keilmuan ini kepada saudara semua sebagai salam persaudaraan dari saya. .

Tata Lakunya :

Amalan ini harus dimulai pada hari petang ahad ( selepas Maghrib ), dan harus dihabiskan pada petang ahad juga. .Iaitu seminggu selepas permulaannya. .Amalan ini haruslah dilakukan setiap hari selama 7 hari berturut-turut tidak boleh putus. .Jika telah terputus amalannya, hendaklah dimulai semula hinggalah lengkap tatacara dan pengamalannya. .

Cara Lakunya :

Pada hari Ahad, selepas maghrib, hadiahkan surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali kepada guru yang memberi ilmu ini ( Boleh ditujukan pada saya, atau boleh juga pada guru saya, Pendekar Tua Haji Syukor ) dan bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum sebanyak 500 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan dimakan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan sebagainya. .

Pada hari Isnin, selepas Maghrib, bacalah Ya Rahman Ya Rahim sebanyak 400 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan makan benda bernyawa termasuk ikan, sotong, udang dan telur selama sehari semalam. .

Pada hari Selasa, selepas Maghrib, bacalah Ya Malik Ya Quddus sebanyak 500 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. .
Amalannya : Berpuasa selama sehari semalam. .Tidak boleh makan dan minum. .

Pada hari Rabu, selepas Maghrib, bacalah Ya Rabb Ya Mannan sebanyak 700 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 7000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan memakan makanan bergaram selama sehari semalam. .

Pada hari Khamis, selepas Maghrib, bacalah Ya Alim Ya Azim sebanyak 800 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat. .
Pantangnya : Tidak boleh meminum air untuk tempoh sehari semalam. .
Kegunaannya : Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saidina Ali r.a

Pada Hari Jumaat, selepas Maghrib, bacalah Ya Syaafi Ya Mugni sebanyak 600 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat. .
Pantangnya : Jangan makan makanan yang dimasak dengan api selama sehari semalam. .
Kegunaannya : Dilepaskan dari sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W.

Pada hari Sabtu, selepas Maghrib, bacalah Ya Fattahu Ya Razzak sebanyak 400 kali. .
Khasiatnya : Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. .
Pantangnya : Tidak boleh tidur selama sehari semalam. .
Kegunaannya : Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan dilimpahi kurnia Nabi Nuh A.S. .

Pantangan amalan ini hanyalah pada waktu pengamalannya sahaja, dan pada minggu depannya, iaitu hari Ahad selepas Maghrib, sudah bolehlah makan dan minum seperti biasa. .Jika ingin mempertajamkan keilmuan ini, boleh juga dilakukan sebulan sekali. .Jika tiada upaya, memadai dilakukan tiga bulan sekali dan jika masih tiada upaya, memadailah dilakukan enam bulan sekali. .Dan jika dianggap masih tidak berupaya melakukannya, bolehlah diamalkan setahun sekali. .Ilmu ini bagi mereka yang sudah mempunyai asas tenaga batin atau tenaga dalam dan sudah agak kuat tenaga batinnya. .Manakala bagi pemula, biarlah sekadar dijadikan koleksi dahulu dan diamalkan pabila sudah terasa bersedia. .

Zul Kapan.
Pelabuhan Klang.
Malaysia.




Mabes Laskar Khodam Sakti

Jl. Elang Raya , Gonilan, Kartasura

Solo, Jawa tengah
WA +6285879593262

Maulana Malik Ibrahim

Maulana Malik Ibrahim, dikenal juga dengan sebutan Maghribi atau Syekh Maghribi. Meskipun beliau bukan asli orang Jawa, namun beliau telah berjasa kepada masyarakat. Karena beliaulah yang mula pertama memasukkan islam ke tanah Jawa. Sehingga berkat usaha dan jasanya, penduduk pulau jawa yang kebanyakan masih beragama Hindu dan Buddha di kala itu, akhirnya mulai banyak memeluk agama Islam. Adapun dari kalangan orang-orang Hindu, hanya dari kasta-kasta Waisya dan Syudra yang dapat di ajak memeluk agama Islam.

Sedang dari kasta-kasta Brahmana dan Ksatria pada umumnya tidak suka memeluk Islam, bahkan tidak sedikit dari kalangan Brahmana yang lari sampai ke pulai Bali, serta menetap disanalah mereka akhirnya mempertahankan diri hinggga sekarang, dan agama mereka kemudian dikenal dengan sebutan agama Hindu Bali. Apabila dikalangan kaum Brahmana dan Ksatria tidak suka masuk agama Islam, hal itu mudah dimengerti karena bagi mereka tentunya agak berat untuk duduk sejajar bersamasama dengan kaum Waisya dan Syudra yang selama ini mereka hina. Sudah barang tentu dengan adanya konsepsi Islam yang radikal dan revoulsioner dalam bidang sosial, sukar sekali untuk diterima dengan kedua belah tangan terbuka oleh mereka. Sebab bukankah meerka selama ini telah didewa-dewakan, tiba-tiba turun tahta, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bekas hamba sahaya mereka, rakyat jelata yang selama ini telah memuja serta mendewa-dewakan mereka.

Maulana Malik Ibrahim mulai menyiarkan agama Islam di tanah Jawa didaerah Jawa Timur. Dari sanalah dia memulai menyingsingkan lengan bajunya, berjuang untuk mengembangkan agama Islam. Adapun caranya pertama-tama ialah dengan jalam mendekati pergaulan dengan anak negeri. Dengan budi bahasa yang ramah tamah serta ketinggian akhlak, sebagaimana diajarkan oleh Islam, hal itu senantiasa diperlihatkannya didalam pergaulan sehari-hari.

Beliau tidak menentang secara tajam kepada agama dan kepercayaan hidup dari penduduk asli. Begitu pula beliau tidak menentang secara spontan terhadap adat istiadat yang ada serta berlaku dalam masyarakat kita yang masih memeluk agama Hindu dan Buddha itu, melainkan beliau hanya memperlihatkan kaindahan dan ketinggian ajaran-ajaran dan didikan yang dibawa oleh Islam. Berkat keramah tamahannya serta budi bahasa dan pergaulannya yang sopan santun itulah, banyak anak negeri yang tertarik masuk ke dalam agama Islam.

Untuk mempersiapkan kadur ummat yang terdidik bagi melanjutkan perjuangan guna menegakkan ajaran-ajaran Islam di tanah air kita, maka dibukanyalah pesantrenpesantren yang merupakan perguruan Islam tempat mendidik serta menggembleng para siswa sebagai calon mubaligh Islam untuk masa depan. Bertambah banyak orang yang masuk Islam, bertambah berat pula tugas dan pekerjaannya. tentu saja orang-orang itu tidak dibiarkan begitu saja. Mereka harus diberi didikan dan penerangan secukupnya sehingga keimanannya menjadi kuat dan keyakinannya menjadi kokoh.

Di dalam usaha yang sedemikian itu, beliau kemudian menerima tawaran dari raja negeri Cheermen, raja Cheermen itu sangat berhajat untuk meng-Islam-kan raja Majapahit yang masih beragama Hindu. Seperti ternyata kemudian, dari hasil didikannya akhirnya tersebar diseluruh penjuru tanah air mubaligh-mubaligh islam yang dengan tiada jemu-jemunya menyiarkan ajaranajaran agamanya. Dalam riwayat dikatakan, bahwa maulana maghribi itu adalah keturunan dari Zainul Abidin Bin Hassan Bin Ali ra, keterangan ini menurut buku karangan Sir Thomas Stamford Raffles.

Sebagaimana diketahui, Stamford Raffles (1781-1826) adalah seorang ahli politik Inggris, serta bekas letnan Gubernur Inggris ditanah Jawa dari tahun 1811-1816 M. Adapun bukunya yang terkenal mengenai tanah Jawa adalah : “History of Java” yang ditulisnya pada tahun 1817 M. Mengenai filsafat Ketuhannya, diantaranya Syekh Maulana Malik Ibrahim pernah mengatakan apakah yang dinamakannya Allah itu ? ujarnya “Yang dinamakan Allah ialah sesungguhnya yang diperlukan adanya,… ? Menurut setengah riwayat mengatakan, bahwa beliau berasal dari Persia.

Bahkan dikatakan bahwa Maulana Malik Ibrahim beripar dengan raja di negeri Cheermen. Mengenai letak negeri Cheermen itu terletak di Hindustan, sedangkan ahli sejarah yang lain mengatakan bahwa letaknya Cheermen adalah di Indonesia. Adapun mengenai nama kedua orang tuanya, kapan beliau dilahirkan serta dimana, dalam hal ini belum diketahui dengan pasti. ada yang mengatakan bahwa beliau berasal dari Kasyan (Persia).

Bilamana beliau meninggal dunia ? Kalau ditilik dari batu nisan yang terdapat pada makam Maulana Malik Ibrahim di Gresik, dekat Surabaya terukir sebagai tahun meninggalnya 882 H, atau tahun 1419 M. Di dalam sumber menyebutkan, bahwa beliau itu berasal dari Gujarat India, yang rupanya disamping berniaga, beliau juga menyiarkan agama Islam Makam Maulana Malik Ibrahim yang terletak dikampung Gapura di Gresik, sekarang jalan yang menuju kemakam tersebut diberi nama jalan Malik Ibrahim. Dalam sejarah beliau dianggap sebagai pejuang seta pelopor dalam menyebarkan agama Islam ditanah Jawa, dan besar pula jasa beliau terhadap agama dan masyarakat.




Mabes Laskar Khodam Sakti

Jl. Elang Raya , Gonilan, Kartasura

Solo, Jawa tengah
WA +6285879593262

IJAZAH ASMAK BERAS BAROKAH Agar Beras Awet dan Berkah

Asma ini bermanfaat ketika anda akan mengadakan hajatan ataupun berbisnis kuliner yang menggunakan beras ataupun memasak beras untuk keluarga. Insya Allah walaupun beras tersebut di masak sedikit akan mencukupi di makan orang banyak, mengenyangkan dan memberikan berkah terhadap siapapun yang memakannya.

Tata cara :

Setiap akan mencuci beras baca asma’ ini:

ALLOHUMMA SUMBERE DONYO,DALILE LAFADZ ROHMAN MALAIKATE QOSIM,NABI SULAIMAN KANG DI PARINGI TURAH SEKO ALLAH,GEDONGE RAGAKU ALLAH,KUNCI RAGAKU ROSULULLOH, LAA ILAAHA ILLALLOH, MUHAMMADUR ROSULULLOH,SHOLLALLO HU ‘ALAIHI WASALLAM.



Mabes Laskar Khodam Sakti

Jl. Elang Raya , Gonilan, Kartasura

Solo, Jawa tengah
WA +6285879593262