ILMU BATHIN PAHLAWAN

TELAPAK BESI

Zul Kapan

Bismillahirrahmanirrahim
Abul Haq !! (3x)

Cara mengamalkannya:
Bacakan isim di atas 3 kali dan ambilkan air liur di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kanan anda. Sapukan ke telapak tangan kiri. Kemudian, bacakan lagi isim di atas 3 kali dan ambilkan lagi air liur anda di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kiri anda. Sapukan ke telapak tangan kanan anda. Makrifatkan yang kedua-dua tangan anda menjadi kuat dan keras seperti besi. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan temukan kedua-dua telapak tangan dan gosok berkali-kali. Lanjutkan menggosok-gosok (menyapu) telapak tangan kiri bermula dari penumbuk tangan kanan ke pergelangan tangan, ke lengan sehinggalah ke siku kanan, dan balik semula ke atas seperti sebelumnya (keadaan di mana ke-2 telapak tangan ditemukan). Kemudian, sambungkan gosokan tersebut ke sebelah tangan kiri (menggunakan tangan kanan pula). Ulangi sehingga 3 kali untuk kedua-dua belah tangan.
Pilihlah waktu-waktu yang mustajab untuk mengamalkan amalan ini seperti 1/3 malam (jam 2.00 pagi sehingga Subuh), selepas sembahyang fardu, selepas habis laungan azan dan seumpamanya. Amalkan sekurang-kurangnya selama 40 hari berturut-turut.
Kesan amalan ini:
Insya-Allah, kedua-dua tangan anda akan menjadi bertambah kuat. Anda akan menjadi pemberani dan tidak akan mudah takut dengan sesiapa. Anda juga mungkin akan selalu didatangi oleh cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda. Jika anda tidak cukup sabar, anda mungkin akan menjadi seorang yang pemarah.
Dalam masa anda mengamalkan isim ini, anda mungkin akan didatangi oleh ‘penjaga’ isim tersebut (dalam pelbagai rupa). Janganlah takut! Teruskan.
Pantang:
Kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi senjata yang amat merbahaya dan berbisa. Jangan sekalikali anda menampar atau memukul anak-anak anda, isteri atau keluarga terdekat. Boleh menyebabkan orang tersebut menjadi gila. Jika tidak mampu sabar, lepaskan sahaja ke dinding. @@@

NAMPAYAN BESI

Bismillahirrahmanirrahim
Nursani !! (3x)

Cara mengamalkannya:
Bacakan isim di atas 3 kali dan ambilkan air liur di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kanan anda. Sapukan ke telapak tangan kiri. Kemudian, bacakan lagi isim di atas 3 kali dan ambilkan lagi air liur anda di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kiri anda. Sapukan ke telapak tangan kanan anda. Makrifatkan yang kedua-dua tangan anda menjadi kuat dan keras seperti batu. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan temukan kedua-dua telapak tangan dan gosok berkali-kali. Lanjutkan menggosok-gosok (menyapu) telapak tangan kiri bermula dari penumbuk tangan kanan ke pergelangan tangan, ke lengan sehinggalah ke siku kanan, dan balik semula ke atas seperti sebelumnya (keadaan di mana ke-2 telapak tangan ditemukan). Kemudian, sambungkan gosokan tersebut ke sebelah tangan kiri (menggunakan tangan kanan pula). Ulangi sehingga 3 kali untuk kedua-dua belah tangan.
Pilihlah waktu-waktu yang mustajab untuk mengamalkan amalan ini seperti 1/3 malam (jam 2.00 pagi sehingga Subuh), selepas sembahyang fardu, selepas habis laungan azan dan seumpamanya. Amalkan sekurang-kurangnya selama 40 hari berturut-turut.
Kesan amalan ini:
Insya-Allah, kedua-dua tangan anda akan menjadi bertambah kuat. Anda akan menjadi pemberani dan tidak akan mudah takut dengan sesiapa. Anda juga mungkin akan selalu didatangi oleh cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda. Jika anda tidak cukup sabar, anda mungkin akan menjadi seorang yang pemarah. Dalam masa anda mengamalkan isim ini, anda mungkin akan didatangi oleh ‘penjaga’ isim tersebut (dalam pelbagai rupa). Janganlah takut! Teruskan.
Pantang:
Kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi senjata yang amat merbahaya dan berbisa. Jangan sekalikali anda menampar atau memukul anak-anak anda, isteri atau keluarga terdekat. Boleh menyebabkan orang tersebut menjadi gila. Jika tidak mampu sabar, lepaskan sahaja ke dinding.



Mabes Laskar Khodam Sakti

Jl. Elang Raya , Gonilan, Kartasura

Solo, Jawa tengah
WA +6285879593262

Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.